| 1)Makanan | 1)Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering
2) Memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang
3) Disyorkan makan ikan haruan dan ikan yu.
4) Ulam-ulaman- serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia dan Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. (I also dnt know how it’s look like, heheh)
5) Di larang makan sayuran menjalarAntaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
6) Di larang minum minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.
7) Disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah.
8) Burung puyuh dan merpati
| 1) Kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
2) a)Kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
b) Bolehmenyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
3) a) Haruan boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.
b) Ikan yu dapat membanyakkan susu ibu .
4) Kerana mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
5)Kerana akan mengalami sejuk badan serta berangin.
6)Kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
7) Untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
8) Untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
|
| 7) Rawatan Urutan Tradisional
| Urutan yang baik .Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim | Membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
|