Mari Kita jaga Amanah Kesihatan Kita

Selami Kaedah Sayangi Diri Kita Dengan Menjaga Amanah Kesihatan Dari Allah

Followers

Powered by Blogger.
RSS

MY EXPERIENCE ON GIVING BIRTH

MARI DENGARKAN CERITA PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA FEB 2011
 
Salam...kepada pembaca yang tertunggu kemunculan baru...
hehe...perasan, macam la ramai la orang baca blog ku ni,..hehe
Ni story, second moment yang very nervous one...
huhu...
masa dah cukup 39 week my pregnancy,nervous dan tak sabar dah nak
tunggu saat saat keluar nye most wanted baby nie....hehe..

1/2/2011 -3pm

Anim n my mother in law pun p la buat check up ke 39 week...
Then, Doktor Siti Meriam , SALAM Specialist Hospital pun gtau kata,
Anim dah boleh deliver nie...Uri dah matang katanya...tapi belum datang tanda
jelas lagi...cume contraction yang jarang2 lagi...
tak sangka pulak Dokt buat force to deliver sbb rsau air kutuban dah bocor..bahaya untuk baby..
pastu Dokt seluk nak cek cm dah open pintu rahim tuu...huhu...
agak sakit jugak sbb bape minit after Dokt seluk je...baru bukak 3cm...terus contraction makin kerap,
pastu terus Dokt suruh admit tepat kul 6 pm...


1/2/2011-6pm

masa tu terkejut la jgk sbb tak bawa ape2 pun...Anim pn cepat2 tepun my beloved husband suruh balik dari keje awal...Anim tepon mak yang kat Perak suruh balik Shah Alam cepat sikit...
takut nanti sape nak teman dalam wad kan...
Alhamdulillah mak dapat tiket kul 10 mlm...sampai kul 3 pagi....



1/2/2011-10pm

masa tu anim dah stat rasa sakit macam sakit senggugut....sakit dah masuk
30 %, contraction every 30 mins...
adik ipar n husband datang melawat...siap makan nasi ayam lagi...selera ada lagi tu walau sebenar nye sangat nervous jgk....

2/2/2011-12am

haa...dari kul 12 dah rasa sakit lagi 50 %...masa ni nurse inject pain killer sbb dia cek contraction
makin kerap n sakit makin bertambah...
masa nie dapat la tido sampai kul 3am...nurse cek baru bukak 4 cm...

2/2/2011-3am

sakit makin kuat...Anim dah stat pejam mata bile contraction datang...dah sampai 70%...dah tak
dapat tido dah...asyik tekan loceng emergency je sbb sgt tak tahan...husband tadi ade teman
tido pastu kuar p amik mak Anim kat pudu...sampai kul 4am...
huhu....masa ni dah tak dapat nak baca ape2...cume baca dalam hati je...
Dokt datang seluk pun dia kata bukaan lambat baru 4 cm lagi...

2/2/2011-4am

mak Anim sampai...Anim salam je...dah tak dapat nak kata ape lagi...kaki asyik tahan sakit je..
macam nak bercerai pinggang nie...huhu...
mak la duk baca n hembus kat kepala Anim...masa tu husband Anim dah tak mampu nak kata ape2...sian nengok isteri nya duk tahan sakit kot...

2/2/2011-5am

Anim dah nak jerit mintak nurse cek dah bape cm sbb sakit dah sampai 80%..
huhu...sangat sakit tau...nurse cek dah 5cm...dia bagi ubat lawas berak n p membuang hajat di
toilet billik...

2/2/2011-5.30am

pastu Anim pun masuk labour room...huhu...masa dah kul 6am Anim dah sangat tak tahan sakit
dah 90%...macam dah nak pengsan dah...nurse suruh tahan n bagi Oxygen pump...huhu
tak membantu pun...

2/2/2011-6.30am

Anim dah stat teghan sendiri...huhu...nurse kata jgn teran lagi takut luka sbb dokt belum sampai...masa ni dah 95%...huhu..masa ni mak ajar anim mengucap je bagi tahan sakit sikit...

2/2/2011-7.05am

Tepat kul 7am...dokt pakai je sarung tangan n kata pushhhhhh...
bossssssshhhhhhhhhhhhhh........terus tersembur kuar semua isi dalam perut...uweee, uweeee
dokt terus bagi salam sambut baby je...mudah sungguh keje dokt kan....
dokt bagi baby kat Anim suruh peluk sbb dia sejuk...Anim cium dia...huhuheee..suka
dalam sedih...
pastu dokt bagi kat ayah baby mintak azan kan...Anim plk...dokt bagi ubat bius n jahit 4 jahitan..
huhu.....Alhamdulillah...selamat tarikh 2/2/2011...pandai anak aku ni pilih tarikh....


Hadif yang berusia 3 hari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUTORIAL FINAL EXAM MARCH 2011

To all my student, please answer this tutorial by grouping by different answer.
If  any copying answers have been detected, deduction of your mark will be recorded.
Please complete the task in a week.Divide the questions to every member to answer by their own.
Submit on  Monday by email in contact me form.
Please clik HERE to answer the question.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SENAMAN KEMPISKAN PERUT

MARI BERSENAM KEMPISKAN PERUT...

Teknik -teknik ini adalah penting untuk kempiskan perut yang dah membuyut tak tentu arah yee....
Mari kita amalkan bersama sama...
Ikuti sedutan video ini ye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Remaks TEST 1

Click here to see the remark of your  
TEST 1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOLEKSI PETUA CANTIK WANITA


Koleksi Tips Kesihatan Wanita- KELUARGA Jun 2003
Tips Penjagaan sulit wanita

         Bersihkan bahagian luar  kemaluan dengan air daun sireh atau herba tradisional

         Pastikan anda kerap menukar tuala wanita setiap 4-5 jam sekali untuk elak kuman membiak.

         Elak membasuh gunakan gel atau sabun untuk elak kekeringan.

         Amalkan membuang air kecil kira kira setengah jam selepas hubungan kelamin,elakkan jangkitan pundi kencing.

         Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat yang menghalang laluan udara, mudah berpeluh dan dapat jangkitan.

         Bagi alat sulit yang berbau, cucilah dengan menggunakan serbuk teh pada pagi dan waktu malam.

         Bagi wanita yang mengalami haid berbau, bolehlah mengamalkan jamu kunyit sebelum datang haid.Ambil seketul kunyit hidup dan asam jawa campur sedikit gula merah dan diminum airnya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOLEKSI PETUA CANTIK


Koleksi Petua Cantik-KELUARGA JUN 2003
Petua
Cara dan Bahan
1) Kekal awet muda dengan kunyit.
Ambil kunyit hidup.amalkan makan secara ulam.
Amal kan setiap hari atau 2 kali seminggu.InsyaAllah anda akan senantiasa muda.
2) Hilangkan tumit retak
Ambil hampas kelapa dan gosokkan dibahagian tumit yang retak.Amalkan selalu InsyaAllah anda akan dapat atasinya...
3) Memutih dan hilangkan jeragat
Ambil segenggam beras pulut dan rendam 24 jam.kemudian tumbuk halus campur bersama sebiji telur putih dan susu kambing segar. Jadikan sebagai bedak sejuk dipakai pada muka sebelum tidur.
4) Gigi cantik dan berseri
Ambil seketul halia tumbuk lumat bersama secubit garam.Ambil airnya dan kumur.Dilakukan setiap hari supaya gigi Nampak cantik, putih dan tahan kuat.
5) Tembi kai jadikan kulit cantik
Ambil isi kulit tembikai yang sudah dimakan yang berwarna putih.rancik kecil dan tampalkan pada kulit muka.tunggu beberapa jam sebelum basuh.Amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang putih dan gebu.
6) Hilangkan kelimumur
Ambil sesudu teh garam dan bancuh dengan air suam. Perahkan 2-3 biji limau kasturi dan sapukan pada kulit kepala 3 kali seminggu.Amalkan untuk dapatkan kulit kepala yang segar dan bersih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Game Quiz ACI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS