Mari Kita jaga Amanah Kesihatan Kita

Selami Kaedah Sayangi Diri Kita Dengan Menjaga Amanah Kesihatan Dari Allah

Followers

Powered by Blogger.
RSS

AMALAN DAN PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG - CONFINEMENT


 AMALAN DAN PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG - CONFINEMENT

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan:
1)Makanan
1)Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering





2) Memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang









3) Disyorkan makan ikan haruan dan ikan yu.





4) Ulam-ulaman- serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia dan Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
(I also dnt know how it’s look like, heheh)



5) Di larang makan sayuran menjalarAntaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

6) Di larang minum minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

7) Disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah.

8) Burung puyuh dan merpati


1)    Kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

2)    a)Kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

b) Bolehmenyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

3)    a) Haruan boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.

b) Ikan yu dapat membanyakkan susu ibu .

4)    Kerana mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.










5)Kerana akan mengalami sejuk badan serta berangin.








6)Kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.









7) Untuk mengembalikan ketahanan tubuh.




8) Untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.



2) Amalan Intensif Ubat Periuk

Minum ramuan ubat periuk
membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.


3) Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit

Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari
Untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
4)Rawatan Bertuam

Dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat.
Untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
5)Rawatan Bertungku

Dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang.

a)tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku.
b)Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. c)Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam.
d)Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.

Untuk membetulkan sendi dan mengecutkan urat saraf.
6) Mandian Ibu Bersalin

Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan
Supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
7) Rawatan Urutan Tradisional

Urutan yang baik .Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim
Membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.







8) Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati
Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
9) Rawatan Berbengkung

Memakai bengkung dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.
Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.

Untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor.


Menyapu Minyak berubat
Mengurut
Digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang
Rawatan Mandi Wap atau Bertangas


Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering
Untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
Rawatan Ukup Wangi

Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari
Untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.









Senaman Kemutan Otot Rahim
Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis.
Dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.



  Itu sahaja untuk keluaran kali ini...akan di tulis dalam versi english pulak dalam sedikit masa lagi...Terima kasih daun keladi...ada masa nanti mai la baca lagi kk...
Amalan berkongsi ilmu mulia sepanjang zaman, InsyaAllah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment