Mari Kita jaga Amanah Kesihatan Kita

Selami Kaedah Sayangi Diri Kita Dengan Menjaga Amanah Kesihatan Dari Allah

Followers

Powered by Blogger.
RSS

AMALAN DAN PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG - CONFINEMENT


 AMALAN DAN PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG - CONFINEMENT

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan:
1)Makanan
1)Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering





2) Memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang









3) Disyorkan makan ikan haruan dan ikan yu.





4) Ulam-ulaman- serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia dan Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
(I also dnt know how it’s look like, heheh)



5) Di larang makan sayuran menjalarAntaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

6) Di larang minum minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

7) Disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah.

8) Burung puyuh dan merpati


1)    Kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

2)    a)Kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

b) Bolehmenyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

3)    a) Haruan boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.

b) Ikan yu dapat membanyakkan susu ibu .

4)    Kerana mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.










5)Kerana akan mengalami sejuk badan serta berangin.








6)Kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.









7) Untuk mengembalikan ketahanan tubuh.




8) Untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.



2) Amalan Intensif Ubat Periuk

Minum ramuan ubat periuk
membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.


3) Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit

Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari
Untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
4)Rawatan Bertuam

Dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat.
Untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
5)Rawatan Bertungku

Dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang.

a)tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku.
b)Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. c)Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam.
d)Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.

Untuk membetulkan sendi dan mengecutkan urat saraf.
6) Mandian Ibu Bersalin

Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan
Supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
7) Rawatan Urutan Tradisional

Urutan yang baik .Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim
Membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.







8) Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati
Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
9) Rawatan Berbengkung

Memakai bengkung dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.
Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.

Untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor.


Menyapu Minyak berubat
Mengurut
Digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang
Rawatan Mandi Wap atau Bertangas


Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering
Untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
Rawatan Ukup Wangi

Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari
Untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.









Senaman Kemutan Otot Rahim
Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis.
Dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.



  Itu sahaja untuk keluaran kali ini...akan di tulis dalam versi english pulak dalam sedikit masa lagi...Terima kasih daun keladi...ada masa nanti mai la baca lagi kk...
Amalan berkongsi ilmu mulia sepanjang zaman, InsyaAllah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MOTION SICKNESS


How to Avoid “MOTION SICKNESS”

(ENGLISH VERSION)


1)       In the car: sit in the front seat or drive.
2)       Aboard a ship: stay toward the middle and look at the horizon. Avoid ship travel if possible. Stay out of small tight places where you can't see the horizon.
3)       On the airplane: ask for a window seat. The front of the plane may be preferable, as it is usually less noisy. Some people find that sitting in the middle is the best location as it provides one with a better appreciation of the aircraft's tilt. Don't sit near the bulkhead as this gives you no visual help to figure out how much you are really tilted.
4)       For cars: It may be helpful to mentally rehearse a trip route as familiarity and anticipation is sometimes helpful.
5)       Face leeward (so if you vomit, it gets blown away from the ship, not into it).
6)       Eat bland foods -- crackers and bread, or bananas, rice, applesauce and toast.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETUA SELAMAT MELALUI AL- QURAN

PERUBATAN MELALUI AYAT AL QURAN



Khasiat
Ayat Al Quran
Untuk elak suami/isteri/
anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah-ayat 102
Untuk Anak2 pandai
Surah Al Anbiyaa’-ayat 79
Untuk anak2 lembut hati/
panas baran
Surah Al Anbiyaa-ayat 69
Surah Al Hasyr-ayat 22-24
Untuk anak2 malas sekolah
Surah Toha-ayat 1-5
Ayat pendinding
Surah At Taubah-ayat akhir
Untuk anak2 suka keluar malam
Surah Ar Ruum-ayat 31.baca 3x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dbaca pd air dan spray keliling rumah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN PULAK YE

HOW IMPORTANT TO APPLY GOOD HEALTHY 
STYLE AFTER GIVING BIRTH


Day 1-Day 2
Masih sangat lemah n stay di hospital 2 mlm
Day 3-Day 6
Anim dah mula berurut selama 3 hari
Day 6
Pusat Hadif dah tanggal pun.
Day 7
Pi check kesihatan baby umo seminggu n check jahitan dan rahim di klinik kerajaan shah Alam.Layanan baik, ok je...masa tu dokt kata jahitan anim dah ok..
Day 8- Day 12
Anim dah pakai bengkung panjang, mak mertua masak kan sup ayam, masak singgang, kadang mak rajin bakar ayam, fuhh sedap...tapi tak selera sangat pun..Anim dahaga air yg mendidih je.
Day 13
Pi check balik, sebb Hadif ada sikit jaundice kat muka.Dokt kata, haa, dah ok pun kuning die...
Day 16-Day 24
Anim duk dengan tok kat Alma pulak..Tok nek Hadif yg jaga pulak...Tapi Anim sian dgn tok sbb tok tak sempat nak buat semua.
1)Masak nasi n sup ayam
2)bakar tungku, balut, untuk Anim bertungku
3)Basuh baju Hadif, sidai
4)Tidur kan Hadif n dodoi kalu merengek
Tak terlayan tok nek nak buat semua tu...huhu
Day 25-Day 33
Haaaa...kali nie, Anim balik Keruh plk...kali nie...opah Hadif plk jaga...sian semua org Hadif buli...sampai mengantuk opah Hadif di sek. Hadif kerjakan...sbb mlm2 nangis meragam...tido lewat sikit..
Day 34
kenduri Aqiqah Hadif kat kg mak anim..kambing Hadif warna putih lagi..Anim makan ayam panggang je...huhuu...depa kata kambing tu daging die lembut sgt...
Day 35
Anim plan balik umah, menghabis kan pantang kat umah batang kali plk...sbb anim pun dah nk kena stat keja dah...Opah su Hadif mesti rindu..
Sian...mesti rindu tangisan manja hadif..bagi anim,, pantang paling best n skema kat kg la...sbb tu anim masa lepas deliver seminggu berat turun 10 kg, baby 2.8 kg, uri lebih kurang 3kg, air lebih kurang 2kg...pastu tak de selera n bertungku selalu..
Masa balik umah batang kali timbang dah turun lagi 6 kg..
Day 36-Day 44
My beloved husband la yang jaga..
Abg , masak kan nasi n beli sup, bagi mandi Hadif, panas kan tungku, balut tungku yang panas tu...panas kan air, basuh n sidai baju hadif..saaayang abg...thanks sbb faham n baik hati n sanggup buat sume nie...syg book abg lagi nieuntuk baby seterus nye...hehehe
Day 45
Yeeeyeee...dah abis dah pantang, Anim celebrate kat shah alam...teringin makan buah tembikai..akhir nye..anim Berjaya jgk abis kan pantang dgn jayanya... Tapi still mandi air panas, n tak minum air sejuk
Hadif Yang Berusia 3 Minggu..

 Hadif my beloved son dalam usia sebulan
Hadif Dalam buai during
kenduri bercukur
Hadif dalam usia 2 bulan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS